Senin, 05 Maret 2012

BUDAYA HIDUP MASYARAKAT KOREA

Pada entri yang lepas, aku ada menceritakan mengenai makanan yang terdapat di Korea. Untuk entri kali ini pula, aku ingin berkongsi dengan korang semua mengenai budaya hidup masyarakat di Korea.
Sopan Santun
Memang terdapat perbezaan yang ketara yang aku dapat lihat di antara Malaysia dan juga Korea. Perbezaan yang ketara yang aku dapat lihat adalah sikap masyarakat Korea di sini lebih bersopan santun berbanding di Malaysia. Masyarakatnya ramah walaupun korang adalah orang luar. Mereka tetap layan dengan baik dan berbudi bahasa.
Tunduk Hormat
Selain daripada itu, sekiranya berjumpa antara satu sama lain, mereka akan menundukkan kepala tanda hormat antara satu sama lain. Ianya berbeza di Malaysia di mana kita lebih kepada bersalam-salaman sebagai mengeratkan persahabatan. Sekiranya korang masuk ke kedai atau restoran, mereka akan sambut dengan ucapan selamat datang atau salam sejahtera. Sanggat jarang perkara macam ini berlaku di Malaysia. Di Malaysia, kita datang tidak bersambut, pergi tidak dihiraukan.
Terima Kasih
Ketika membeli sayur-sayuran atau buah-buahan di gerai, sekiranya korang mengucapkan terima kasih dalam bahasa Korea, mereka akan tarik plastik korang itu dan tambah lagi sayuran atau buahan ke dalam plastik korang. Mereka amat suka sekiranya masyarakat luar tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Di Malaysia, cakap la macam mana pun, tuan kedai akan buat tak endah aje.
Bersih selepas makan
Di Korea, korang kena buangkan sendiri tray, bekas minuman, dan sebagainya selepas korang makan di kedai fastfood. Sebagai contoh, selepas korang habis makan KFC, korang kena angkat tray, tulang-tulang ayam, kertas tisu dan sebagainya ke tong sampah yang disediakan. Dah tu pulak, korang kena asing-asingkan kertas, plastik dan sampah di ruang yang telah disediakan. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka kitar semula barang-barang terpakai. Mereka juga kurang menggunakan plastik kerana plastik sukar untuk dikitar semula.
Hormat Orang Tua
Sekiranya korang sedang berjalan-jalan, pastikan korang memberikan laluan kepada mereka yang lebih tua. Ini kerana, mereka akan menolak kau tanpa segan silunya kerana tidak memberikan mereka laluan. Aku pernah beberapa kali ditolak daripada belakang kerana tidak perasan yang orang tua itu ingin lalu di situ. Jadi, jika ternampak orang tua sedang berjalan, baik korang ke tepi dan berikan mereka jalan terlebih dahulu.
Setelah sebulan aku berada di Korea, memang banyak perkara baru yang aku pelajari. Terutamanya adalah budaya dan gaya hidup mereka. Ianya sangat berbeza dengan budaya di negara kita. Tetapi, tidak semua masyarakat Korea adalah bagus. Ada sesetengahnya yang tidak berbudi bahasa dan sopan santun. Terutama di kawasan bandar. Mungkin disebabkan masyarakat bandar lebih terdedah kepada gejala sosial maka adat budaya mereka diketepikan.

Tidak ada komentar: